≡ Menu

Madu Kelulut Sebagai Bahan Antikanser, Asma & Antitumor

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) telah merekodkan bahawa madu kelulut asli mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal yang telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu kelulut asli berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu madu kelulut asli  juga dapat mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menopaus menunjukkan madu kelulut asli dapat mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna madu kelulut asli membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium

Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan mempelopori penggunaan madu kelulut asli bagi merawat ulser diabetes dan mengurangkan masalah inflamasi pada mukosa mulut pesakit kanser nasofarign yang menjalani rawatan radiasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Madu kelulut asli juga dikenalpasti berpotensi menurunkan paras gula dalam darah serta meningkatkan kesihatan fizikal.

Kajian dilakukan di bawah pengawasan Prof. Madya. Siti Amrah Sulaiman itu menunjukkan penggunaan madu kelulut asli boleh menurunkan paras glukos pesakit diabetes selain berkesan untuk mencegah kanser dan gout katanya.

Dengan nama Sang Pencipta, Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dia yang menciptakan lebah yang dengan nama lainnya An-Nahlu, salah satu mukjizat yang tercatat indah di dalam Al-Quran. Daripada terjemahan Ar-Rahman Surah An-Nahl : 69

“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir”

Madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Asid fenolik menyumbang satu per tiga daripada keseluruhan bahan fenolik di dalam makanan. Asid fenolik di dalam tumbuhan boleh wujud dalam bentuk bebas atau terikat. Kuantiti asid fenolik terikat lebih tinggi berbanding dengan asid fenolik bebas. Walau bagaimanapaun, asid fenolik bebas lebih mudah diserap dalam tubuh manusia. Asik fenolik juga boleh bertindal sebagai bahan antikanser, asma dan antitumor.

Kajian sebelum ini menunjukkan asid fenolik mempunyai pelbagai khasiat seperti merendahkan paras kolestrol dalam darah, antioksidan dan antikanser.


Warna Madu Kelulut

Warna madu kelulut asli yang dihasilkan oleh lebah kelulut mempunyai warna yang berbeza-beza mengikut sumber makanan,jenis bunga, kawasan persekitaran dan cuaca.

Warna madu kelulut asli akan menjadi lebih cerah pada musim panas dan sedikit gelap pada musim hujan. Madu kelulut asli mempunyai kandungan air yang lebih tinggi dari 25% sehingga 35% berbanding dengan madu dari lebah jenis apis.

Selain menghasilkan madu, lebah kelulut memainkan peranan penting sebagai agen pendebungaan terutama pokok hutan. Saiznya yang kecil membolehkannya melakukan proses pendebungaan pada bunga-bunga kecil yang tidak dapat dilakukan oleh lebah jenis apis.


Khasit Madu Kelulut

Khasiat Madu Kelulut Asli – Madu Kelulut Asli adalah madu yang terbaik untuk diamalkan kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut asli mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.

Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut asli setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut asli lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit.

Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut asli tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa.

“Pengambilan madu kelulut asli terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.

“Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut asli yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika berbuka puasa atau bersahur,” katanya.

Madu kelulut asli juga berpotensi sebagai bahan yang membantu dalam rawatan 
kanser. Jelasnya, kandungan dalam madu kelulut asli seperti asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu membantu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut asli juga dikatakan mampu membantu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.

Bahan tersebut yang terdapat dalam madu kelulut asli berkesan membantu menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

“Madu kelulut asli berupaya membantu mengurangkan sel yang membentuk sel kanser serta membantu menghapuskannya

“Kajian mengenai keberkesanannya telah dilakukan di Indonesia dan India yang membuktikan pengambilan madu kelulut asli berupaya membanteras pembentukan sel kanser,” ujarnya.

Beliau sendiri turut menjalankan kajian mengenai khasiat madu kelulut asli untuk kanser sejak empat bulan lalu dengan memberi fokus kepada kanser prostat.

Secara ringkasnya khasiat Madu Kelulut Asli adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan daya tahan tubuh.
  • Mencegah serangan strok.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Meningkatkan pengeluaran hormon.
  • Memperkuat fungsi otak dan jantung.
  • Memperbaiki sel tubuh yang rosak.
  • Mengendurkan urat-urat yang tegang.
  • Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan.
  • Meningkatkan kecerdasan anak.
  • Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis.
  • Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan.
  • Mencegah kanser.
  • Mengurangkan resdung.
  • Membantu penyembuhan luka diabetes.
  • Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong.
  • Mencegah pembentukan batu karang.
  • Membantu menurunkan tahap tekanan darah.
  • Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah.
  • Melancarkan pernafasan.
  • Mengurangkan lelah/asma dan banyak lagi…